Saturday 24 August 2013

SALAM AIDILFITRI...!

HYE SEMUAAAAAA...! Sebelum terlambat, aku nak ucap selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin kepada semua kawan2 dan sahabat kalau2 ada buat salah dan silap.. harap dimaafkan ye? Haha

Macam biasa, hari raya aku tak segempak mana, tak balik kg pon sebab kg pon x de. Haha sebenarnya jeles dengan orang yang ada kampong tu, tiap kali raya, mesti balik kg.. lagi best kalau kampong tu jauh.. haha kalau macam tu, nanti nak cari suami yang asal luar Selangor la, nanti raya dapat balik kg suami..! sweetnyaa! Haha


Ni haa nak share gambar raya, walaupon aku tau raya dah nak habis, tapi aku nak share jugak.. hahani semua gambar masa raya first ..! 


insan yang paling gua sayang..! abah and ibu...
 \

me, ibu and kakak..!


kami 3 beradik...! 



hye..! saya kakak, dia adik..! #eh haha
 #so selamat hari raya semua...! jemput la datang rumah kalau tak malu...! haha

Sunday 14 July 2013

SELAMAT BERPUASA..!

Salam semuaaa… Alhamdulillah puasa menjelma lagi..  dan Alhamdulillah juga sbb aku sempat sambut puasa kali ni..  J  btw, SELAMAT BERPUASA SEMUAA.. puasa betul2 okayy jangan main2.. kita Cuma hadap bulan ni setahun sekali je, takkan susah sangat nak tunaikannya kan? Terawih jangan lupa okay.. dapat pahala berlipat kali ganda tau..! haha

Puasa kali ni puasa yg kedua kali aku sambut kat UiTM Segamat.. semua nya berjalan lancar.. haha biasa la awal2 puasa,.. tapi tak boleh bla bila semua masuk kelas muka tak bermaya, mana tak nya bila kelas nun atas KAYANGAN..! tinggi plus jauh bak hang.. penat dia tak payah cakap laa.. time puasa lagi dengan panas teriknyaa.. DUGAAN.. !
 sedih bak hang bila first puasa tak dapat puasa dengan family.. sobsobb..nak buat macam mana, busy berassignment.. hahah lepas tu bila petang je, mula la call ibu Tanya masak ape
Aku: ibu buat ape? Masak ape hari ni..?
Ibu: tak de buat ape, ibu masak ketam masak lemak dengan bubur jagung.
Aku: sedapnyaa *dengan nada sedih plus dah terliur..! haha
Jeles tahu bila berjauhan dgn family bila puasa2 ni.. dorg makan sedap2, kita makan ape yg ada + alaa kadar..  yang aku tahu nanti, bila aku balik nak suruh ibu masak makanan ape yg aku sukaa..! hahah sedapnyaa… bila puasa, macam2 ngidam..tapi awas, itu semua nafsu semata-mata.. HAHAHA




Friday 14 June 2013

Semester 4 at UiTM Segamat.. :)

hello.. lama gila rasanya aku tak update blog nie ha, sampai da bersarang da.. bukan ape, sebab tak de story yang nak d ceritakan plusss blog aku nie pon bukan ada yang tengok.. haha

okayy2 , ni aku nak cerita, aku dah sem 4 sekarang sekejap je rasanya masa berlalu.. ingat lagi dulu masa part 1, rasa macam keanak-anakkan.. haha sekarang dah besar kau jemah oi.. hahha macam biasa la, semakin meningkat sem, semakin susah la subjek tu kan? so kena bersedia dari awal fizikal dan mental kalian2 semua.. ahahha alhamdullilah result sem lepas okay.. lulus semua subjek and harap sem 4 ni pon result nanti cemerlang.. :)

cuti sem yang hari tu  tak lama pulakkan.. dekat 2 bulan aku cuti sem.. bapak lama gila.. hahah langsung tak lepak dengan budak2nya.. naik sem je, terus peluk cium dorang, lepas rindu la kate kan. hahah

masuk sem baru je, mula la memasing rindu sakan sampai phone tak lekang dari tangan nak tangkap gambar ngn dorang macam org batak.. hahaha










#so selamat berjuang untuk sem 4 ni kawan2.. :)

Friday 29 March 2013

FINAL EXAM !

haii uolsssss... okayy memandangkan final exam da dekat, aku nak ucapkan gud luck untuk semua2 student UiTM ! gud luck korg.. buat betul2 exam nanti.. jangan main2 lagi dah.. bangga kan mak ayah dengan keputusan yang korang dapat tu nanti.. aku pun macam tu jugak.. nak buat ibu ngn abah bangga.. nie aku nak bagi kata semangat sikit kat korang.. hahaha






















#last sekali, aku nak wish gud luck kat budak2 kelas aku.. JIM1103A! gud luck korang.. buat exam elok2.. sayang korang.. untuk Mr.N jugak.. gud luck.. wish u luck..


Wednesday 13 February 2013

KLATE MARI !



hollaa ! sebelum terlambat, nak ucap SELAMAT TAHUN BARU CINA ! ok habisssss..
kali nie aku nak cerita pasal raya cina ke? eh bukann.! aku nak cerita pasal HOLIDAY aku masa cuti raya cina tu ! dr 9 feb sampai 11 feb,, kitorang 1 family + family mak cik aku pergi,.... KELANTAN ! * Tetiba teringat kak bedah hukaloh dalam cerita SETIA HUJUNG NYAWA,,..hahah *ok dah lupakan.. aku tak tau kenapa tiap kali cuti lama je, mesti ibu ajak pergi KELANTAN! apa yang best pon tak tau..

kitorang gerak sabtu pukol 9 pagi dan sampai kat kota bharu pukol 11 malam.. nampak tak bape jam perjalanan dia?? jammed sepanjang jalan .. jammed dekat bentong, gua musang ! maklumlah, cuti raya cina kan.. hahaha

sampai hotel kat kota bharu je, terus check in..! penat weyhh 14 jam dok dalam kereta..lepas tu masuk bilik terus tido.. pagi ahad pulak 1 hari kitorg berjalan dekat PASAR SITI KHADIJAH ! penat weyhhh banyak barang yang mak aku borong.. terutama sekali BATIK! tak yah cakap la bape banyak dia beli.. nah TENGOK NI ..


banyak kan baju? sape je tak rambang mata.. !

cantik tak batik-batik tu? 

petang tu pulak, kitorang pergi PANTAI CAHAYA BULAN ! best woo .. angin kuat gila tak yah cakap la.. ombak lagi kuat, tak pasal2 boleh hanyutkan budak! haha tak caya? tengok nie.. !

langit cantik sangat masa tu, ombak pun kuat !

tetibe rasa macam dalam cerita ombak rindu pulak ! ahaha

malam nya pulak kitorang pergi WAKAF CHE YEH ! ramai orang tak yah cakap la.. jalan sesak.. !tak banyak barang yang dapat beli masa tu.. lepas tu ada orang belanja aku dengan kakak burger bakar..! ahahah 

BURGER BAKAR KOTA BHARU ! 


SEDAP KAN??

lepas tu 11 feb kitorg gerak pergi RANTAU PANJANG  dan PENGKALAN KUBOR  dulu sebelum balik  rumah.. setengah hari pergi rantau panjang, setengah hari lagi pergi pengkalan kubor.. penat tak payah cerita la.. dah la panas ! haishh saba je la.. haha  gerak balik nak dekat magrib masa tu.. sampai rumah pukol 4 pagi.. hahah penat weyh.. sampai terlentok2 tido dalam kereta.. nah tengok nie untuk tatapan umum.. ! ahha

tiga dara pingitan ! #eh macam ada gambar ibu je !

aku dan photographer ! #erkkk


ha ! siapakah?? yang pasti yang tudung hijau tu ibu aku ! ahha


p/s : Terima kasih pemandu pelancong ! aka ZFS ! ahah

#gomo klate gomo ! :)

Monday 4 February 2013

MY BEAUTIFUL MALAYSIA!


hye2... okay entry kali nie aku nak cerita pasal program MY BEAUTIFUL MALAYSIA.. program itu program wajib untuk budak kokurikulum sukan, so nak tak nak aku kena join.. program tu diadakan serentak 1 malaysia pada 3 feb 2013.. kitorg kena pergi dekat kluang johor.. best jugak la, kitorg kalau tak kena gotong royong, tapi keadaan masa tu sekejap2 hujan, lepas tu kitorg boleh pulak bantai tido dekat kluang parade, hahaha kitorg siap dapat baju dengan topi, baucer KFC .. memang rezeki tu dr pagi tak henti2.. alhamdulillah.. pengalaman sangat awesome !







me and friend 

#saya anak malaysia.. :)

Saturday 19 January 2013

SAHABAT TERBAIKMU !

kali ni aku nak bagi tips cara-cara untuk cari sahabat yang paling terbaik ! nak tau tak? tak nak tak pe, tak kisah pong.. :) kenapa kita perlukan sahabat? sahabat penting dalam hidup kita sebab bila adanya sahabat. kita dapat luahkan perasan kat dia, cerita apa-apa masalah dekat dia dan susah senang sama-sama.. tapi macam mana nak cari kawan macam tukan?

TIPS PERTAMA
pilih sahabat yang boleh lindungi kita daripada sebarang kemungkinan, tak kisah la masa tu kita tengah susah atau senang, dia mesti ada dengan kita. inilah sahabat terbaik !

KEDUA
cari sahabat yang sanggup menerima bantuan dan pertolongan dengan senang hati. walaupun masa tu korang ada masalah ke, perselisihan faham ke, tp dia masih teruskan persahabatan tu dan tutup keburukan kita daripada pandangan mata orang.

KETIGA
cari sahabat yang sedia hulurkan bantuan bila kita perlukannya malah sanggup sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan bersama-sama.

KEEMPAT
bila kita berdiam diri, dia tak akan biarkan kita bersendirian, malah dia mesti akan menghiburkan hati kita dan buat kita senyum semula..

KELIMA
cari sahabat yang mempunyai akhlak dan keperibadian mulia. sahabat macam ni tak akan mengajak kita ke arah keburukan. sebaliknya bimbing kita kearah kebaikkan.PERCAYALAH


# bukan senang nak cari kawan sejati ! :)

Friday 11 January 2013

MENANGIS !

salam semua.. ! :) nampak tak tajuk kat atas tu, MENANGIS..! eh, kalau bab menangis je, mesti kaitkan dengan perempuan.. KENAPA??  orang yang kuat menangis bukan sebab lemah tau, mungkin dorang menangis sebab terlalu gembira, terharu atau mata pedih sebab kena bawang ! ahahaa * okay tak lawak -.-  NAH TENGOK NIE !





 # Lepas nie menangis la puas-puas sampai air mata darah sekali pun okay? ahahah

Friday 4 January 2013

LOVE IS CINTA !

CINTA BOLEH MEMBUATKAN ORANG BERSEMANGAT UNTUK HIDUP. 
RASA CINTA ADALAH SATU RANGSANGAN INDAH DALAM KEHIDUPAN.
CINTA ADALAH SESUATU YANG SUBJEKTIF DAN SUSAH UNTUK DITAFSIRKAN.
KADANGKALA KITA MERASAKAN APA YANG KITA ALAMI ITU CINTA TAPI SEBENARNYA BUKAN.

Tuesday 1 January 2013

HAPPY NEW YEAR !



Selamat tahun baru 2013 !! 


waahh cepatnya dah tahun baru, tu maknanya makin meningkat jugak la umur kita..! tapi kalau boleh aku masih nak jadi budak yang umurnya belasan tahun ! wa tak nak cepat tua woi..hahaha tapi nak buad macam mana?? kena la terima.. So, macam biasa la kan,tahun baru, azam baru.. *azam tahun lepas pon ada yang tak tercapai lagi.. macam mana?? haishh...okay2, azam aku tahun nie nak jadi budak baik..*myb budak nerd! ahaha lepas tu nak dapat pointer tetinggi! *tapi jangan la malas nak study okay?? ahah

new year!
# Azam baru untuk tahun nie mintak2 tercapai..!